Saturday, April 24, 2010

dunia ini penuh dengan pancaroba...
sekejap di atas dan sekejap akan ketinggalan di bawah..
itulah lumrah kehidupan..
Manusia tidak pernah puas..dan bersyukur apa yang ada
so kita sambung lak lepasnie...hie...

tengok org mengundi

petang nie..kami bertolak pergi ke batang kali
banyak pesta poster...macam-macam parti
pening dibuatnya.....

Wednesday, April 21, 2010

nie..kereta yang ku simpan ...
nama sesegar rupamu...mama doakan agar anak-anak mama berjaya ................

nie..la gambar kekasih awal dan akhir...
nie..la sijangtung hati ku....
dia seorang yang menyayangi diriku..ini seadanya.

power ranger....nie..hero..aku

x dak kerja sekarang nie.......

ayu nye lukisan nie..kalau aku mcm nie...cute sungguh

Erti sebenar bahagia

Hampir seluruh perkahwinan mengalami pertengkaran
meskipun ramai orang yang malu mengakuinya
Sebenarnya sebuah perkahwinan..
tanpa pertengkaran ibarat cendol tidak bergula

Syurga rumahtangga itu fitrah hati
Naluri semulajadi yang pinta diisi
Kerananya jejaka rela menjadi suami
Kerananya perawan rela menjadi isteri
Masing-masing dengan harapan
Agar rumahtangga membawa kebahagiaan

Matlamat yang satu tapi jalannya berliku
Destinasinya sama tapi kaedahnya berbeza
Lalu bermacamlah jalan ke sana

Ada yang mengatakan
Bahagia itu pada harta
Diukir dari intan permata
( Gah , suamiku seorang jutawan)

tidak kurang merasakan
bahagia itu pada rupa..
Ditempa oleh wajah rupawan
( Wah, isteriku seorang celeberity)

ramai juga yang merasakan
bahagia itu pada kuasa
dituai oleh pangkat dan jawatan
( Wah, suamiku seorang negarawan)

pelbagai jalan menimbulkan dilema
mencari yang benar mempelai tersasar
kalaulah bahagia itu pada harta
kalaulah bahagia itu pada nama
kalaulah bahagia itu pada rupa
kalaulah bahagia itu pada kuasa
kenapa Charles dan Diana berpisah
kenapa Elvis dan Priscilla berpecah
kenapa Onassis dan Jackie bertelagah.


Bahagia itu dari dalam hati
Kesannya zahir rupanya maknawi
Terpendam bagai permata dalam hati
Terbenam bagai mutiara disalut nurani

Bahagia itu pada HATI
Bertakhta di kerajaan diri
Bahagia itu pada JIWA
Mahkota di singgahsana rasa
Bahagia itu KESABARAN
Bila susah tak gelisah
Bila miskin tak pemarah
Bila gagal tidak resah
Oh, suamiku,inalillah....

Hakikatnya bahagia itu ketenangan
Bila hati mengingati tuhan
Firman Allah:
Ketahuilah dgn mengingati Allah itu memberi
ketenangan pada hati
suami isteri sama-sama mengerti
maksud tersemi takdir ilahi
itulah zikir yg hakiki.

Binalah rumahtangga atas tapak iman
Tuluskan niat luruskan matlamat
suamiku, kaulah pemimpin menuju ilahi'
isteriku, kaulah permaisuri hati.....'
penyeri Islamku nanti
muktamadlah akad sahlah nikah
dengan nama Allah
gerbang perkahwinanpun terserlah

Di atas tapak iman dirikanlah hukum tuhan
Iman itu tujuan
Syariat itu jalan
Tempat merujuk segala permasalahan
Tempat mencari semua penyelesaian
isteriku, taatilah suamimu dan hukum Allah....
suamiku, patuhilah sunnah Rasululah s.a.w


Binalah hidup di neraca maaruf
Rumah jadi sambungan madrasah...
Seninya kerana solat...
Indahnya oleh munajat
Tapaknya ...iman
Jalannya ....syariat
Natijahnya.....akhlak
Tiga penjamin segala
kunci kebahagian rumahtangga
dan terciptalah:
'setia dan penyayang suami'
'cinta dan kasih isteri'
lalu berbuahlah
mahmudah demi mahmudah
yang melahirkan.....
Soleh dan solehah.

Semoga Allah melimpah
Segala anugerah kebahagiaan rumahtangga solehah...

nie..la anak-anak kesayangan aku...



ha..pagi nie...pujuk la sikecik..u




demand lak nak pakai baju sukan..


aku cool gak pagi nie..tapi seluruh badan ku.dah seminggu nie..gatal2...




x tau kenapa ek...

Tuesday, April 20, 2010

gambar Zarith Sofea

anakku nie..manja sikit..sama tak macam mama dia

mai kita cuba resipi nie...

sekarang nie...time rehat dah..
nak makan apa?????????

Rendang Ayam Rempah biji

Bahan-Bahan:
seekor ayam
Bahan A
10 tangkai cili kering
5 biji bawang besar
1 labu bawang putih
2 sudu rempah biji
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih


Bahan B


minyak untuk menumis
5 sudu kerisek
5 sudu kicap
garam secukup rasa
daun kunyit dimayang halus


Cara:


Bahan A digoreng dengan sedikit minyak. Kemudian dikisar. Gaul dan perap ayam dengan bahan A dan kicap. Tumis sedikit bahan kisar tadi hingga pecah minyak. Masukkan ayam yang diperap. Masukkan kerisek. Masak hingga ayam empuk. Masukkan garam secukup rasa. Taburkan dengan daun kunyit.


Tambahan:


Boleh dimakan bersama nasi, atau lemang, ketupat dan roti.

mulakan dengan Ayat-ayat al quran



nie..anak lelaki saya.........
nama Harith Iskandar Irfan (yang senyum u)
ha...nakal tau anak2 saya..nie

dah siap kerja dah........

Apc dah siap dah..kerja
tahniah la..siapa yang dah berjaya u..
siapa yang x berjaya tahun depan kipas banyak2 dan kerja betul2

cintan



anak perempuanku....cute..x dia...

nama dia zarith sofea batrisyia

Makna Cinta dari Nama Mu:

R - ..seorang yang lucu

O - ..mempunyai personaliti yang bagus

P - ..popular dengan semua jenis orang

I - ..manis dan romatis

D - ..kekasih yang terbaik pernah dimiliki oleh siapapun

A - ..seorang yang gila-gila

H - ..setia kepada yang satu

tempat kerja..


aku...bekerja di sebuah badan kerajaan di kuala lumpur..

ditempat kerja aku x la..sangat

aku..frust juga kalau terkenang-kenang orang yang aku tolong selama ini x pernah mengucapkan

terima kasih..habis madu sepah dibuaang la..katakan..

nie..aku nak cherita nie..

tempat aku ..aku glamor gak la..coz..aku dibahagian pengambilan..dan perjawatan

macam-macam la rahsia-rahsia ditanganku...dan macam-macam ragam la orang buat kat aku

so..kita sebagai pemegang amanah..x le bocorkannya

nak dijadikan cherita....ramai orang kat sini termasuk la..budak-budak yang aku pernah menolong diaorang nak masuk kerja...banyak gak..budak-2 junior nie..dah la kita pernah tolong

diorang tapi x pernah ucapkan terima kasih...tohmahan lagi ada la..

aku x ler kisah sangat tapi kena macam u la ...kita tolong diorang bagi mcam u lak..

macam-macam ??????dunia..dunia...

nak cherita nie..ada minah-minah kat office aku nie, kerja sebagai typist..mula-2 u..masuk kerja rajin la...tapi nak dijadikan cherita macammana aku leh tolong dia dapatkan kerani...

kalau nak dapat typist pun...kita orang pun tolong...u la..x kenal diuntung..

banyak la cherita kalau nak cakap..nanti kita sambung...

ya..

petang nie..terkejut sangat..
banyak sungguh mata-mata pandang
hish..hish..dunia..dunia

Monday, April 19, 2010

bujangku...

masa zaman-zaman bujang...u
sungguh seronok...

Busy giler..

Aku tak sempat nak update laa.. bz giler nih... biasala.. nak APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2009)


Sunday, April 18, 2010

firs kerja ku..

setelah habis belajar..aku ke kuala lumpur..untuk mencari kerja
aku telah dtawarkan bekerja di sebuah sektor swasta
aku bekerja disitu..dan aku berkawan dengan 4 orang kawan baik ..
nama mereka kak ila, ustaz, kamal dan diriku..kemana sahaja..kami berempat
kami berkawan baik sungguh...kerja sekali keluar sekali....ustaz nie..dah bertunang..kakak nie..nak sangat la dekat kami punya supervisizor...sampai la beliau melepaskan hembusan terakhir (kakak nie..telah pun menemui yang Maha Esa.)

06 Mac 1978

pada pagi jumaat..aku dilahirkan di dunia ini
aku diberi nama oleh Mak dan ayahku...Lahirlah aku sebagai Ropidah Ismail
aku memang manja dengan ayahku...
tok dan tokwan sangat sayang kepadaku..

semua keperluan ku..dia beli..banyak-banyak adik beradik aku
dia belikan aku sepasang baju dan anting-anting emas
pada masa itu memang cute la..